RAYA 2024: Radiate Eid elegance in our bespoke Hari Raya Dresses – where tradition meets haute couture flair!

Your cart is currently empty.

Garis Panduan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

December 2020 | Azhar Azmi

Pada 5 November, pihak JAWI telah berkongsikan garis panduan bagi majlis akad nikah di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan) sepanjang PKPB.

Kesemua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ini berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disebabkan kes penularan COVID-19 meningkat dari hari ke hari. Justeru, kawasan-kawasan ini perlu patahui SOP yang lebih ketat berbanding di dalam keadaan PKPP sebelum ini. Antaranya adalah bagi majlis akad nikah.

Pasti ramai yang sudah pun membuat persediaan awal bagi melangsungkan majlis pernikahan atau akad nikah sebelum ini tetapi tidak semena-mena Wilayah Persekutuan terpalit dengan kes penularan yang tinggi.

Oleh itu, banyak majlis terpaksa ditunda ke lain hari disebabakn pematuhan SOP yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas persetujuan MKN dan KKM.

Jadi hari ini, pihak JAWI telah kongsikan kepada orang ramai khususnya penduduk di Wilayah Persekutuan antara garis panduan yang perlu dipatuhi jika ingin melangsungkan majlis akad nikah pada waktu PKPB ini.

 

Garis Panduan Bagi Majlis Akad Nikah Di Wilayah Persekutuan Sepanjang PKPB


nikah pkpb-nikah pkpp-sop majlis nikah-sop kahwin terbaru-sop majlis perkahwinan-kebenaran kahwin pkpb-sop baru pkpb-pkpb benarkan majlis perkahwinan

Hari ini pihak JAWI telah berkongsikan garis panduan bagi majlis akad nikah di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan) sepanjang PKPB.

Kesemua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ini berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disebabkan kes penularan COVID-19 meningkat dari hari ke hari. Justeru, kawasan-kawasan ini perlu patahui SOP yang lebih ketat berbanding di dalam keadaan PKPP sebelum ini. Antaranya adalah bagi majlis akad nikah.

Pasti ramai yang sudah pun membuat persediaan awal bagi melangsungkan majlis pernikahan atau akad nikah sebelum ini tetapi tidak semena-mena Wilayah Persekutuan terpalit dengan kes penularan yang tinggi.

Oleh itu, banyak majlis terpaksa ditunda ke lain hari disebabakn pematuhan SOP yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas persetujuan MKN dan KKM.

Jadi hari ini, pihak JAWI telah kongsikan kepada orang ramai khususnya penduduk di Wilayah Persekutuan antara garis panduan yang perlu dipatuhi jika ingin melangsungkan majlis akad nikah pada waktu PKPB ini.

Garis Panduan Majlis Akad Nikah Di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan

 

Surat Kebenaran Berkahwin yang telah tamat dalam tempoh PKPB ini akan dilanjutkan 2 bulan bermula dari tarikh kebenaran berakhir. Pemohon hendaklah hadir semula ke JAWI untuk membuat penyambungan tempoh sah Kebenaran Berkahwin.

Tarikh kuatkuasa garid panduan ini adalah pada 6 November 2020.

Syarat-Syarat Umum

Pelaksanaan Majlis Akad Nikah dalam tempoh PKPB dibenarkan kepada pasangan yang telah mendapat Kebenaran Berkahwin daripada JAWI dan Keputusan Saringan HIV kedua-dua pasangan masih dalam tempoh sah laku semasa akad nikah dijalankan.

Syarat-Syarat Khusus

Pihak yang terlibat hendaklah membuat janji temu dengan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)/ Penolong Pendaftar NCR terlebih dahulu bagi mendapatkan tarikh dan waktu akad nikah

Pihak yang terlibat dalam majlis akad nikah mestilah:

    1.  tidak mempunyai gejala
    2. bukan kontak rapat kes positif COVID-19 atau yang dibawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) dan
    3. bukan dari kawasan PKPD atau Zon Merah

      Pihak yang terlibat hendaklah menjalani saringan di pintu masuk iaitu ;

        1. Membuat pemeriksaan suhu badan
        2. Suhu badan melebihi 37.5°C atau bergejala tidak dibenarkan masuk
        3. Mendaftarkan kehadiran menggunakan pengimbas QR code melalui aplikasi MySejahtera atau merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran
        4. Memakai pelitup muka (face mask) dan menggunakan pembersih tangan (hand sanitizer)
        5. Pihak-pihak yang terlibat perlu mematuhi semua SOP dan garis panduan yang ditetapkan

          Tempat, Waktu Dan Tempoh Masa Majlis Akad Nikah

          Tempat Akad Nikah

          Akad nikah hanya boleh diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan atau masjid-masjid terpilih yang ditetapkan oleh JAWI. Melakukan sanitasi ruang majlis dan kawasan sekitarnya termasuk tandar sebelum dan selepas majlis

          Waktu Akad Nikah

          Mestilah mematuhi tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh Pendaftar/Penolong Pendaftar NCR. Selain itu, mereka boleh membatalkan majlis akad nikah tersebut sekiranya pihak-pihak terlibat gagal hadir pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

          Tempoh Akad Nikah

          Tempoh perjalanan keseluruhan majlis akad nikah hendaklah tidak melebihi 20 minit.

          Kehadiran Dan Susun Atur Majlis Akad Nikah

          Kehadiran Ke Majlis Akad Nikah

          Kehadiran ke majlis akad nikah hendaklah tidak melebihi 30 orang termasuk pengantin lelaki, pengantin perempuan, jurunikah, wali dan 2 orang saksi. Jurufoto adalah dibenarkan dan tidak termasuk dalam 30 orang jemputan.

          Susun Atur Majlis Akad Nikah

          Mesti mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter. Tidak dibenarkan berjabat tangan antara jurunikah dengan pengantin lelaki serta antara semua pihak yang terlibat dalam majlis tersebut.

          Dokumen Dan Peralatan Yang Dibenarkan Dalam Majlis

          Hanya mas kahwin dan dokumen-dokumen yang berkaitan sahaja dibenarkan berada di dalam ruang majlis.

          SOP Ketika Majlis

          1.  Pihak pendaftar pastikan semua pihak tiada gejala COVID-19
          2. Amalkan mencuci tangan terlebih dahulu menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer
          3. Memakai face mask semasa majlis akad nikah
          4. Amalkan penjarakan fizikal 1 meter bagi setiap individu yang hadir
          5. Tidak dibenarkan sebarang upacara seperti membatalkan air sembahyang, sarung cincin, bersalam antara satu sama lain
          6. Patuh semua SOP yang ditetapkan oleh KKM
          Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan garis panduan ini daripada Twitter Rasmi JAWI Official
          Translation missing: en.general.search.loading