RAYA 2024: Radiate Eid elegance in our bespoke Hari Raya Dresses – where tradition meets haute couture flair!

Your cart is currently empty.

PKPP: Kerajaan Beri Kebenaran, Dah Boleh 'Fitting' Baju Dan Kasut Mulai 26 June

June 2020 | Azhar Azmi

Jika sebelum ini kita tidak dapat mencuba atau fitting pakaian dan kasut ketika membeli-belah, namun pengumuman dalam sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) memutuskan bahawa premis perniagaan menjual pakaian dan kasut boleh membenarkan pelanggan mencuba pakaian atau kasut untuk mendapat saiz yang sesuai.

 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan memutuskan memberi kebenaran itu selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan, berikutan tiada kes positif COVID-19 yang berlaku di pusat beli belah.

 

 "Jadi, sudah boleh kita nak mencuba baju baharu yang kita beli di bilik persalinan. Tidak timbul isu lagi.

 

 "Bagaimanapun, bagi kasut, kita galakkan sebaik-baiknya untuk pelanggan menggunakan stoking sendiri. Jangan stoking yang dikongsi di kedai kasut berkenaan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini hari ini.

 

 Sementara itu, Ismail Sabri berkata, ramai yang keliru berhubung isu mencuba pakaian itu sehingga menyebabkan ramai tukang jahit tidak membuka kembali perniagaan mereka kerana menyangka pelanggan mereka tidak mencuba pakaian sendiri yang dijahit.

 

 "Peraturan tidak boleh mencuba pakaian itu adalah bagi pakaian siap seperti yang dijual di pusat membeli belah, bukan kedai jahit yang tidak dibenarkan pelanggan mereka mencuba pakaian sendiri.

 

 "Sebenarnya operasi kedai jahit ini sudah pun dibenarkan dibuka sejak awal bersama dengan kedai menjual pakaian yang lain. Jadi, tidak timbul isu lagi," katanya.

Sumber: Berita Harian

Promosi Sewaan Baju Sanding

 

PROMOSI SEWAAN BAJU SANDING - FLAT RATE HANYA RM500 sahaja!

Translation missing: en.general.search.loading